Malam, malas nak makan kat kedai. Disebabkan makanan tengahari dah habis, yang tinggal hanya sedikit tomyam, hubby volunteer nak masak. Ha ha.. orang yang paling excited sekali tentulah Alya. Maklumlah tak pernah tengok papa dia ke dapur... melompat...menari...menyanyi semuanya ada semasa papa dia tengah masak...bila tanya kenapa Alya macam ni..dia jawab... 'Alya happy sebab papa masak'...ha ha..kelakar...Lauk yang hubby masak taklah special mana pun, telur dadar dan ikan bilis goreng.. he he mungkin sebab first time tengok papa dia masak.. Alya makan dengan berselera betul malam tu... :)

picture taken by Alya
telur dadar special dicampur serbuk kari babas
Hari sabtu selepas hubby habis kerja kami pulang ke Ipoh. Sebelum bertolak, kami singgah ke kedai belikan tudung Ekin yang Yong kirim. I macam orang 'gila' tengok tudung-tudung yang murah dan cantik. (lupa lagi nak snap picture tudung yang I pilihkan untuk yong). Tak tahu nak pilih yang mana satu. Kasihan Alya and hubby tunggu dalam kereta berjam-jam... he he...
Disebabkan my mother in law ada di kampung (tapah road), kami singgah ke tapah dalam perjalanan pulang. Tak sangka ramai adik-beradik ipar I berada di kampung. Yong, As dan Ein. Lebih kurang 2 jam lebih di kami di Tapah Road. Alya sempat bermain dengan sepupu-sepupunya, dan I sempat chit-chat dengan mak, yong dan as. Biasalah, topic utama orang perempuan pastilah mengenai fesyen! Dah lama tak jumpa mak, mak nampak tak berapa sihat. Mungkin sebab keadaan cuaca sekarang yang tak menentu. InsyaAllah, bulan July nanti kami tidur di kampung..

Alya dengan Damia dan Ariq

Setiap manusia alami pelbagai dugaan dan cubaan yang Tuhan kirimkan untuk mereka. Maybe, dugaan buat kami bertiga adalah duduk berasingan. Inilah pengorbanan kami demi mencari rezeki untuk kesenangan masa depan kami anak beranak. For me, tak lah susah sangat coz I tinggal dengan my family but for my hubby memang susah sebab dia terpaksa duduk seorang diri, makan minum yang tak terjaga dan juga keletihan setiap kali berulang-alik dari Sg Besar > Ipoh > Sg Besar.... So, kami gunakan masa seminggu ini dengan sebaik-baik mungkin! Dan.. kami benar-benar enjoy dan happy!! InsyaAllah, kami akan ke Sg Besar lagi... hmm.. mmg dalam perancangan I nak ke Sg Besar before fasting month... he he... asyik terbayang-bayang je tudung-tudung yang cantik dan murah yang dijual disana.... he he...
No comments:
Post a Comment