Thursday, June 10, 2010

Big River!

9th June (yesterday), kami sekeluarga jalan-jalan cuci mata tengok permandangan laut. Mula-mula bercadang hendak ke Pantai B.N.O di Sabak Bernam, disebabkan hubby balik lewat kami pilih untuk ke D'Muara Marine Park. Tidak kisahlah mana-mana pun, asalkan dapat lihat laut. D'Muara Marine Park, lebih kurang 3km dari rumah my hubby dan 90km dari bandaraya Shah Alam. Sampai-sampai aje di D'Muara Marine Park kelihatan bot-bot nelayan yang tersadai di tepian jeti. Kami kemudiannya bersiar-siar melihat kawasan D'Muara Marine Park. Hujan renyai sedikit menganggu, lagi-lagi dengan kelincahan Alya. Risau jika dia terkena air hujan. Melihat permandangan laut Selat Melaka yang luas terbentang begitu mengusik jiwa. Tenang dan damai. Bestnya... kalaulah dapat mandi-manda! Selepas ambil gambar sana -sini... kami singgah di Restoran Terapung yang bersebelahan dengan Jeti Nelayan, minum-minum sebelum pulang ke rumah. Mungkin lepas ni kami akan datang lagi ataupun mungkin kami akan ajak family kami (mama and baba, ayahdin and the family, uncle lan and the family, abg nuar and yong) menginap disalah-satu Chalet Terapung di D'Muara Marine Park. Teringin juga nak tengok aktiviti nelayan pantai...












Milo Ais Tabur





Permandangan di belakang adalah jeti nelayan



FAST FOOD ON WHEEL!

Sebenarnya di Sg Besar ni tak banyak fast food. Yang ada cuma KFC. Di KFC lah menjadi tumpuan warga Sg Besar. Selepas pulang dari D'Muara Marine Park masing-masing kelaparan. Pusing-pusing cari kedai makan, tiba-tiba terlihat sebuah lori yang tertulis RASAMAS ON WHEEL. Menurut hubby, fast food di Sg Besar ni dijual di dalam lori. Kata hubby lagi hanya lori Rasamas dan lori Pizza Hut yang ada, tapi bukanlah setiap hari. Kadang-kadang saja ada dijual. McDonalds dan Burger King tak ada ye! Oleh kerana hendak mencuba, I suggest pada hubby malam tu kami makan Nasi Ayam Rasamas.. ha ha ha... bukannya tak pernah makan nasi ayam rasamas tapi sebenarnya teringin nak panjat tangga lori Rasamas tu...ha ha ha...




No comments: