datang lagi
tidak perlu ku tiup lilin-lilin yang menyala
kerana api itu sentiasa membara di jiwa kudus
32 tahun lalu
dimana aku dilahirkan
32 tahun sudah
ku jejaki manis dan pahit
ku imbas detik-detik hidup
ada suka ada duka
umpama warna
hitam putih
Hari ini
aku senyum dalam genang!
Itulah hidup!
penuh liku penuh duri
Aku perlu kuat
Aku perlu berani
kerana hidup ku masih panjang
Dan kini aku belajar
untuk jadi lebih bahagia
untuk lebih hargai hidup
Aku kini berani bermimpi
untuk kecapi hari indah
kerana aku mencintai diriku
Ya Allah Ya Tuhan ku.. terima kasih
kerana hari-hari yang Kau berikan...
Selamat Hari Jadi
Semoga hidup ku sentiasa dalam berkat...
- ida sharina 21/06/2010, 3.15 pm
Aww!! Happy birthday to me... happy birthday to me... semalam, umur bertambah lagi! Tengahari semalam celebrate birthday di Secret Recipe Ipoh Garden wit hubby and Alya.. Thanks hubby!
Alya @ Secret RecipeFather's Day
Selamat Hari Bapa to Mr Hubby, baba dan tok! Untuk tanda ingatan kasih sayang, present for father's day, belikan ice cream untuk baba (from me and Izyan) dan untuk tok juga I beli ice cream yang sama! Nestle La Cremeria... mmm... yummy!
Tak dilupakan sedekah Al-Fatihah buat arwah abah (my father in law) Al-Fatihah...Amin..
Pada malamnya pula, kami sekeluarga dinner di rumah ayah din. Ayah din buat baca doa sempena naik rumah baru sekaligus celebrate father's day untuk tok. Ramai yang hadir... tok & pah, mama & baba, aunty chuwa & pah enda, tokcik & pahcik dan acu sekeluarga. Wow! Ramainya... Makanan yang dimasak semuanya lazat-lazat! Especially daging... fuhh! Memang sedap!






Tak sangka.. mama dan baba belikan cake for me.. thanks mama... thanks baba! Dah bertahun-tahun tak potong birthday cake, malam semalam kena potong kek! Malu sikit la... sebab terasa diri ni dah tua!!



To all my beloved friends, cousins, Nazi (every year jadi org pertama yang wish), ake, mimi, mami lee, mami noreen, acik, acu, aunty chuwa, pah enda, aunty j, ayah din ... thank you so much for the birthday wishes.. Love you guys and God bless... muahhh!
No comments:
Post a Comment