Monday, June 28, 2010

Happiest Days!

Balik Kampung

Semalam 27th June 2010, kami sekeluarga balik kampung, Tapah Road. Bercadang nak bawa mak jalan-jalan ke Teluk Intan. Biar mak happy sikit. Maklumlah semenjak abah dah tak ada ni mesti mak terasa sunyi. Jadi nak bagi mak riang ria sedikit, kami bawa mak ke Giant, Teluk Intan. Mak nampak tak berapa sihat (sakit kaki). Tapi bila sampai kat Giant, masing-masing segar-bugar. Mak pun nampak happy pilih barang-barang.



Bila dah sampai di Teluk Intan, semestinya nak makan di restoran Mastan Ghani, mee nya memang terkenal dan sedap. Tapi apakan daya, kami sampai lambat. Makanan kat restoran tu semuanya dah habis. Tak ada rezeki. So, makan kat kedai mamak Ghulam Rasul ajelah.


Thumbs Up!

Syukur Alhamdulillah! On 26th June, result exam Alya dah keluar. 6A 1B! Syabas Alya! Walaupun ada ramai lagi yang terbaik dari Alya, tapi kami tetap bersyukur dengan keputusan Alya. Me and hubby tengah fikirkan nak beli hadiah apa untuk dia, nak cari something yang boleh dia bermain sambil belajar. Alya ada juga bertanya, dia dapat nombor satu ke? Jawapan kami, walaupun Alya tak dapat nombor satu tapi Alya tetap pandai dan bagus. Tapi Alya kena belajar lebih rajin lagi. Kami sebenarnya sedaya-upaya tak mahu komen apa-apa yang tidak baik dihadapan Alya. Kalau boleh tak mahu cakap dia kurang bijak, dia selekeh, tak cantik atau apa sahaja yang boleh membuatkan keyakinan dirinya hilang. Pada kami self-confidence tu penting supaya dia lebih berdikari dan sentiasa berfikiran positive. Tapi kadang-kadang tu, as a human... bila marah, tak sedar apa yang terkeluar dari mulut. Memanglah rasa susah juga bila hubby jarang-jarang ada untuk kami sama-sama membimbing Alya coz hubby lebih cool dan lebih penyabar.

Harap kepandaian dan kecerdikan Alya ni biarlah hingga ke Menara Gading! Itukan impian setiap ibu-bapa. Hmm..orang tua-tua kan dah kata, 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'.



"Doakan dan berikan yang terbaik untuk anak kita, kerana mereka juga pasti akan doakan dan berikan yang terbaik buat kita!!"


Aydan Fayadh

Dah lama betul tak jumpa Aydan! Hari Jumaat yang lalu, 25th June, Ake dan Mimi balik Ipoh. Dapatlah lepaskan rindu kat Aydan boy yang bam-bam tu. Selalunya dapat tengok gambar kat dalam FB je. Geram betul la tengok Aydan! Mimi pulak bagi present for my birthday hari tu... cantik.. hitam putih.. memang favourite colour... susah-susah aje Mimi, thanks ye Mimi... dah pakai pun tudung tu... :)

Aydan Fayadh

No comments: