Thursday, June 3, 2010

Boring..

Hari yang membosankan. Dua tiga hari tak dapat nak main game farmville di facebook. Line slow sangat. Sebenarnya dah addicted dengan game di facebook. Siang malam.. he he..
Petang ni Alya merungut lapar! Kebiasaannya kalau dia lapar, I buatkan roti bakar dengan jem aje untuk dia. Tapi hari ini, disebabkan terlalu bosan dan semangat kerajinan ada dalam diri I pun masakkan roti gulung sosej bersalut nestum. Menu yang senang untuk orang yang tak tahu masak.. he he.. Biasanya yang dijual dikedai disalutkan dengan breadcrumbs, disebabkan breadcrumbs tak ada I gantikan dengan nestum. Sedap juga.. Alya pun tolong sekali, memang I benarkan dia taburkan nestum kat atas roti yang dah di celup telur.
Nasib baiklah Alya suka.. 'sedap sangat mama masak!' Pujian Alya ni mungkin kerana dia happy sangat sebab dapat tolong I masak tanpa dimarahi.. he he ...habis jugalah apa yang dimasak..


roti gulung sosej bersalut nestum

Semasa menunggu roti yang sedang digoreng tadi, sempat terbaca satu artikel di suratkhabar lama dari Utusan Malaysia - 22 April 2010. Panduan membina disiplin anak! I titipkan disini untuk dikongsi bersama...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

TIP MENDIDIK ANAK PATUHI PERATURAN

- Peringkat awal mulakan dengan hal yang kecil dulu, kemudian secara bertahap ke peringkat selanjutnya. Ibu dan bapa mestilah menggunakan komunikasi yang baik dan sederhana.

- Pastikan anda konsisten pada pada aturan disiplin yang telah dibuat. Konsisten amat penting antara ibu dan bapa supaya tidak menimbulkan kebingungan pada si anak. Buatlah kesepakatan tentang peraturan yang harus dijalankan dirumah.

- Tetapkan pemberian ganjaran dan hukuman jika mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Berikan arahan disertai penjelasan mengapa begini atau begitu. Dampingi anak agar mereka tahu apa yang perlu dibuat, sebagai contoh mengemas permainan selepas bermain bersama-sama anak.

- Teknik disiplin yang digunakan sebaiknya dengan penuh kasih-sayang. Bahasa yang digunakan juga sebaiknya sederhana saja, apalagi dengan anak kecil.

- Perhatikan usia anak. Aturan disiplin akan berbeza pada tiap tingkat tahap perkembangan. Bila masih kecil (baru 1-2 tahun), kesabaran sangatlah penting kerana anak belum begitu memahami.

- Hormati perasaan anak dan hargaii juga waktunya.

- Berikan pilihan atau alternatif. Sentiasa ingatkan anak supaya dia akan lebih terkesan dengan peraturan tersebut. Berikan arahan dengan tegas dan lebih spesifik. Tekankan pada hal-hal positif.

- Berikan contoh teladan yang baik kerana anak-anak memang suka meniru perangai ibu bapanya.

- Jangan terlalu serius, buat lawak agar anak mudah mengikuti arahan dengan rela.

TIDAK HARUS DILAKUKAN

- Bersifat mengugut, kerana sikap tersebut hanya akan membuatkan anak memberikan penentangan atas arahan yang diberikan.

- Jangan mendisiplinkan anak jika anda dalam keadaan beremosi. Dan Jangan terlalu bersyarat dengan anak kecil.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

No comments: