Di atas permintaan, tengahari tadi I masak 'Udang Masak Lemak', 'Brokoli Masak Kicap' dan 'Ikan Goreng' untuk lunch. Actually, I tak pandai goreng ikan dan tanak nasi. Nasi yang ditanak tengahari tadi mula-mulanya mentah, nasib baiklah sikit saja yang dimasak. Alya jadi 'tukang komen'... 'kenapa mama masak nasi sikit sangat, tak cukup la papa nak makan..' so, I pun tanak lah lagi nasi, kali ini I lebihkan sedikit air... ha ha ha.. apalagi, bila dah masak, belum sempat nak komen masakan sendiri, Alya terlebih dahulu dah berikan komen... 'mama masak NASI ke BUBUR?' tat's my little gurl..still little but kepoh macam orang dewasa.. he he... kesian hubby and Alya sebab terpaksa makan nasi lembik tengahari tadi... takpelah, still in learning process... lama-lama nanti pandailah...

Udang Masak Lemak Dan Brokoli Masak Kicap
Ikan Goreng ke ni?
Makan petang untuk hari ni I gorengkan roti sosej bersalut nestum....

Lepas makan petang, kami ke Sabak Bernam. Kebiasaannya aktiviti hubby every Tuesday and Thursday ialah main badminton bersama rakan-rakannya dari JPJ Sabak Bernam. I dan Alya jadi penonton petang tu. Walaupun papa Alya tidak sehebat 'Lin Dan' , tapi kami enjoy tengok hubby and his friends berbadminton.

Habis badminton around 7.30 pm. Hubby bawa kami round-round Sabak Bernam hinggalah ke Pantai B.N.O. Tak berapa jelas sebab hari dah semakin gelap. Maybe esok atau lusa kami akan datang lagi ke Pantai B.N.O, nak lihat scenery laut. Sebelum balik ke rumah, singgah restoran Citarasa Seri Utara. Makan lagi.....


No comments:
Post a Comment