

Lepas makan, hubby bawa kami tengok perkampungan nelayan. Rupa-rupanya perkampungan nelayan tu hanya di belakang taman tempat hubby tinggal sekarang. Beberapa kilometer dari perkampungan nelayan tu adalah laut. Sayup-sayup dari jauh, I dapat lihat laut yang terbentang luas!
Muara laut di perkampungan nelayan dijadikan jeti untuk pemunggahan ikan-ikan yang ditangkap di laut.
Pagi-pagi Ahad 6th June, hubby ke pejabat kerana ada kursus penyelenggaraan mesin baru. So, I and Alya tinggal berdua aje dirumah. I habiskan masa mengemas rumah dan ber'facebook'. Makan pagi, tengahari dan petang hubby bawa dari pejabat (catering utk kursus tersebut). Tak sedap pun makan juga, sebab perut dah lapar. Alya tak ada kerja lain, dari pagi hingga ke petang asyik menonton DVD Mr Bean.. Oh tidak! Langsung tak dapat nak tengok cerita lain... bila lah agaknya DVD Mr Bean tu nak rosak... he he he! :D
Malam, lepas hubby habis kursus, perut dah mula berkeroncong, Alya ajak makan KFC. Tapi kerana perut I ni kena makan nasi jugak terpaksalah permintaan Alya tu ditolak. Terjumpa satu cafe yang agak menarik, NZR Cafe... kami pun masuk dan order makanan. Memang pilihan kami tak salah, masakan nya memang power!

Esok, diatas permintaan... kena masak.. boleh ke? Mestilah boleh kan... bukan ke cita-cita nak masak lebih sedap dari pah kan...so, kena cuba dari sekarang lah... ha ha ha... tapi kalau tak sedap jangan marah arrr..... ;P
No comments:
Post a Comment