Hari ini sudah 17 hari umat Islam berpuasa. Rasanya begitu cepat masa berlalu. Cuaca yang agak panas memang menduga kesabaran. Lagi satu perkara yang menduga kesabaran apabila kita ke pasar ramadhan. Rasanya hendak dibeli kesemua makanan yang dijual di pasar Ramadhan. Tapi, selepas berbuka memang tak larat hendak makan lagi. Inilah yang dikatakan ikut nafsu. Kesimpulannya, berbelanjalah ala qadar sahaja... he he he...
Ini pula nak cerita mengenai my grandma yang sangat rajin... rajin memasak! Rasanya my grandma ni memang sentiasa rajin dalam bab masak-memasak ni. Kalau bukan bulan puasa pun macam-macam yang dimasaknya. Minggu pertama dan kedua puasa ni my grandma masak kuih-muih zaman dulu-dulu. Apa sahaja yang terlintas dihatinya ataupun permintaan dari my grandpa, dia akan masakkan. Kuih lompang, badak berendam, bubur anak lebah, kuih suiew, bubur kacang, kanji som-som etc. I uploadkan beberapa gambar kuih-muih yang dimasak untuk tatapan semua. Lepas ni tunggu masa dan waktu sahaja untuk masak biskut raya pula. Paling best bila buat biskut raya sambil dengar lagu raya yang berkumandang dicorong radio.. meriah...meriah...

Kuih Lompang
Kuih Badak Berendam
Bubur Anak Lebah

Kuih Suiew

Kanji Som Som
No comments:
Post a Comment