Wednesday, September 1, 2010

Berpuasa Di Sg Besar

Ke Sungai Besar lagi... kali ni bawa mother in law sekali (MIL). Hubby kerja tak dapat pulang ke Ipoh, so dia minta me and Alya ke Sg. Besar. No problem, bolehlah berjalan-jalan dan Alya pun semestinya happy berganda-ganda. MIL pula tak berapa sihat... demam, bolehlah dia berehat kat Sg. Besar ni. Lagipun kat Sg. Besar ni bukannya ada kerja nak buat, tidur, baring, tengok tv, makan... bolehlah relaks.

Hari pertama berbuka makan lauk kedai aje dan lauk kurma ayam yang pah kirimkan. Hari kedua berbuka pula masak gulai rempah ikan, sup udang dan sayur brokoli. Happy sangat sebab gulai rempah ikan yang ku masak menjadi... he he he... rugi sangat la sebab terlupa nak snap photo. Dah kena puji gulai rempah sedap sampai terlupa nak snap photo lauk-lauk yang ku masak! Hari ketiga pula, masak gulai taucu manakala MIL masak sup tulang. MIL dan hubby teringin nak makan sup tulang.

Waktu malamnya kami keluar berjalan-jalan, tengok 'Bazaar Syawal'. Bukan tengok je tapi siap bershopping lagi... bagi peluang dekat MIL untuk pilih baju dan barang-barang keperluan untuk raya. Sesak jugalah Sg. Besar bulan ramadhan ni, tak pernah tengok keadaan Sg Besar yang sesak dengan rakyat jelata yang begitu ramai. Maklumlah nak raya... ada yang jual baju, tudung, kain langsir, kerusi, meja, carpet, kerepek dan macam-macam lagilah. Hubby sempat shopping sampin untuk Raya he he! Alya pula letih sikit sebab seharian tak tidur, asyik meragam je... dan suruh balik rumah cepat! Kesian Alya!


Gambar Suasana Bazaar Ramadhan

MIL nampak happy walaupun kadang-kadang kelihatan tak berapa sihat. Hubby bawa dia ke pasar, tengok orang jual ikan kering, (jiran hubby yang tinggal dibelakang rumah jual ikan kering yang murah-murah) selain tu bawa MIL tengok perkampungan nelayan.


MIL sedang bersiap-siap nak gi Bazaar Syawal

Kami pulang ke Ipoh malam semalam. Hubby nak balik awal, katanya hari selasa (merdeka day) boleh rehat-rehat di Ipoh. Alya macam biasalah, tak mahu pulang ke Ipoh, nak tinggal lama-lama di Sg Besar katanya. Hmm... entah apa yang dia suka sangat tinggal di Sg Besar tu tak tahulah... Dimana-mana pun dia sentiasa girang dan riang...

No comments: