Friday, August 6, 2010

Need a healthy body and mind!!

Sememangnya tubuh badan perlukan perhatian yang lebih sekarang ni. Semalam 4th Aug 2010, sekali lagi I pergi ke Taiping Specialist Clinic. Alya tak ikut, dia tinggal dengan pah kat rumah. Alhamdulillah, tak ada apa-apa sakit yang merbahaya. Hanya angin dan gastrik biasa aje. Lepas ni perlu jaga kesihatan perut betul-betul, tak mahu diet tak menentu lagi dah. My mind pun kena bagi perhatian juga, asyik pikir perkara-perkara yang negatif. Minda yang sihat ialah minda yang sentiasa berfikiran positif! betuk tak? Lagi satu nak beri sepenuh perhatian juga buat Alya. Asyik selsema dan batuk aje. Semalam dah belikan susu pediasure untuk dia. Mudah-mudahan Alya dapat zat dan vitamin dari susu tu.
Lepas balik dari Taiping, pah and tok beritahu yang mereka teringin nak makan mee rebus. So, kami pun bawa pah dan tok pergi makan mee rebus ramli di Taman Perpaduan.


Mesti tok happy dapat greenlight dari pah untuk makan mee rebus! ;P


Alya makan mee sup. Me, makan meehoon sup. Hubby pula makan chicken chop.

Hujung minggu ni nak bawa pah makan di Caterbest pula. Pah kata teringin nak makan chicken chop di Caterbest. Maklumlah, puasa dah dekat, maka tekak pun teringinlah nak makan macam-macam... he he he...

No comments: