Saturday, July 31, 2010

My Hobby - Novel!

Salah satu my hobby adalah membaca novel! Kalau dapat baca novel memang boleh lupa diri! Terasa macam watak utama dalam novel. Nangis, sedih, gembira... menjiwai sungguh. He he ... tis two weeks, habiskan masa dengan novel je. Bermanja-manja dengan novel! Mama pula bagi pinjam 3 buah novel... 'The Promise', 'Summer End', 'Palomino'... author by Danielle Steel. Tak ada kerja lainlah, asyik membaca aje. Lupa sekejap dengan games di Facebook. Sebelum ni memang pernah baca sebuah buku karya Danielle Steel (Sisters), tapi semenjak baca novel yang mama pinjamkan ni jadi bertambah minat dengan karya Danielle Steel.




Masa remaja dulu, selalu sangat baca karya Ahadiat Akashah. Minat dengan novel cinta remaja Ahadiat Akashah. Bila dah meningkat dewasa, minat pula dengan karya tulisan Faisal Tehrani. Karya Faisal Tehrani bukan setakat novel je yang diminati... cerpen, sajak, puisi pun I minat. Tapi tak semestinya bila minat tu semua karya mereka menjadi kegemaran. Ada juga karya-karya mereka yang tak begitu sesuai dengan jiwa. Selain dari Faisal Tehrani dan Danielle Steel. I baca juga karya novel beberapa penulis tempatan seperti Fauziah Shaari, Nisah Haron dan penulis luar negara seperti Nora Roberts, Nicholas Spark! Biasanya novel-novel luar negara, I akan beli yang bestselling... pasti jalan ceritanya menarik!

Koleksi novel

Koleksi Novel Karya Faisal Tehrani

Koleksi Novel Luar Negara - Bestselling Novel



Koleksi Novel Pemenang Anugerah Sastera Remaja



I sebenarnya suka menulis novel dan cerpen, dan pernah menulis sebuah novel dan beberapa buah cerpen. Ada satu-dua cerpen yang dihantar dan telah disiarkan di majalah remaja (beberapa tahun dulu). Cuma novel saja yang belum dihantar ke mana-mana syarikat penerbitan sebab kurangnya keyakinan dalam diri. Dan sekarang ni ada juga cuba menulis cerpen semula, tapi tak pernahnya habis sebab tak ada idea yang menarik. Harap-harap adalah idea yang menarik untuk sambung cerpen-cerpen yang tergendala....

No comments: