Wednesday, August 25, 2010

Demam Tonsil!

Hampir seminggu lebih Alya tak sihat. 3 hari pertama dia demam di tengah malam. Makan ubat pun still demam. So, bawa dia ke Ipoh Specialist Hospital. Risau tengok keadaan dia yang tak berapa aktif. Rupa-rupanya tonsil Alya dah bernanah. Tekaknya pula dah luka. Pity her... patutlah asyik meragam. Yang paling kasihan dia kena kena makan dua jenis antibiotics... Augmentin dan Klacid.

Yang paling I tak suka adalah bila Alya tak sihat. Risau. Sebab kebiasaannya Alya memang aktif. mulut bising dan ada sahaja perkara yang hendak dibuatnya. Bila dia sakit aje, mulalah risau. Tapi bila dah sihat, mulalah dia kacau semua orang... kak siti, nyang, nek... semuanya dikacau... he he... Alhamdulillah, Alya dah sihat. Walaupun ada batuk dan selsema sedikit. Bila dia dah nak makan maknanya tekaknya hampir pulih. Hari ini Alya mula ke sekolah setelah hampir seminggu dia tak ke sekolah. Harap-harap dia dapat kejar balik pelajaran yang tertinggal. ;-)



No comments: