Monday, February 27, 2012

Stabbed..

Assalamualaikum..

Dalam dunia moden kini, ramai yang berlumba-lumba untuk berada diatas. Kadang-kadang pelbagai cara yang dilakukan untuk berjaya. Kita tabik mereka yang berusaha dengan cara baik sehingga mencapai kejayaan. Tapi ada juga yang sanggup jatuhkan orang lain untuk berada ditangga teratas. Yang menikam dari belakang..tidak kira saudara, sahabat, pekerja atau majikan sendiri. Semuanya dilakukan untuk untuk berjaya dengan cara pintas.. mendapat nama, pangkat dan pujian percuma. Mereka lupa barangkali bahawa kejayaan yang mereka perolehi dengan cara begitu tidak akan bertahan lama.. Percayalah... buruk baik yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan..

Jadi... jangan berikan 100% kepercayaan kepada orang... cuba fikirkan..adik-beradik sendiri pun kadang-kadang boleh tikam kita dari belakang inikan pula orang yang tiada kena mengena dalam hidup kita...

Hmm... cukup dengan bebelan... jom tengok gambar one of my twins yang sedang cuba berusaha untuk meniarap...




Aqib Nabil - go Nabil go!!



Aqib Nabil berusaha bersungguh-sungguh. Bila dah penat mulalah merengek.


First try - baked pasta!


Till Next entry!!
Byeee!!
Salam..



No comments: