Thursday, February 9, 2012

Cough! Cough!

Assalamualaikum semua,

Tengok tajuk post kali ini mesti dah tahu cerita apa yang nak diceritakan. Cough! Cough! Cough! Pergi mana-mana pun sekarang ni mesti akan kedengaran bunyi cough! cough! cough! Lagi-lagi di rumah bila my grandpa and my lil princess mula batuk dan demam. Dan akhirnya apa yang menakutkan I terjadi juga... bila... the twins terkena virus batuk-batuk...

Yang paling teruk my 2nd twins, batuk dan demam. Nasib baiklah, my 1st twins tak demam..hanya batuk saja. Hati mana yang tak risau bila tengok keadaan my 2nd twins yang tak bermaya. Demamnya yang mencecah ke 38.8'c. Pengalaman pertama bagi I bila anak kecil demam kuat macam ni. Kami letakkan kain basah di bawah ketiak dan di celah kangkang baby supaya suhu badan boleh turun dengan cepat. Alhamdulillah, dalam masa setengah jam suhu badan turun. Nasib baik sehingga keesokkan harinya dia tidak lagi demam. Tapi kerana risau kami bawa juga untuk check up.

Doctor beritahu, paru-paru my 2nd twins ada bunyi. Bila I ceritakan pada doktor, my 2nd twins demam hingga 38.8'c, doktor risau jika ada jangkitan kuman. Mahu tak mahu, kena juga masuk ward. My 1st twin pulak pada mulanya doctor kata, tak perlu untuk masuk ward, tapi disebabkan 1st twin juga ada batuk dan susah I nak ulang-alik jaga babies... maka ... masuklah kedua-duanya sekali.

Berempatlah kami bermalam di ward selama 4hari 3malam. Room no 215... single deluxe.. :p... Jika anda semua dengar bunyi batuk my 2nd twins mesti tak sangka baby berusia 5 bulan boleh batuk macam tu... bunyinya teruk sangat... kasihan... masuk-masuk je tak sampai 2 jam.. kedua-dua babies kena nebuliser dan kemudian kahak mereka disedut keluar.. Ohhh... memang tak sanggup tengok and tak sanggup dengar mereka menangis. Terus teringat masa my lil princess masuk ward dulu... di ward yang sama cuma bilik je berlainan... umur pun lebih kurang sama.. haisshhh... banyak pengalaman yang I alami rupanya... Orang kata pengalaman mematangkan seseorang.. matangkah I?? hmmm...




~ The twins ketika Nebuliser.. Gambar masa nurse tengah sedut kahak mereka I tak ambil, tak keruan masa dengar mereka menjerit-jerit menangis ~

~ Bed 1 for Aqib Nabil ~



~ Bed 2 for Aqil Naqib.. kasihan... susah untuk mereka bernafas sebab hidung yang tersumbat.. mereka akan ambil masa 3-4 minggu untuk pulih sebab keadaan mereka yang tak cukup bulan ~



~ keadaan my 1st twin tidak begitu teruk sangat... dia sedikit ceria.. mengagah, senyum setiap kali nurse datang check temperature badan @ tengok keadaan mereka... I tidur atas katil bersama 1st twins sebab itulah satu-satunya katil yang besar... my 2nd twins kena tidur sorang-sorang sambil papa nye tolong jaga... ~



~ bila masuk hari ke-2 barulah my 2nd twins boleh senyum dan mengagah.. setiap hari the twins akan lakukan nebuliser, pysioteraphy and suction sebanyak 2 kali sehari... kasihan...kecil-kecil lagi dah kena buat macam-macam ~



~ 1st twins - tak peduli langsung kalau adik dia menangis sakit bila buat suction, dia tetap lena... bila tiba turn dia... lebih gamat!! ~



~ hubby cover balik tidur malamnya waktu siang, tak peduli doctor masuk... tidur tetap tidur! hehe.. macam-macam yang hubby rancangkan utk cuti maulidur Rasul dan Thaipusam ni... nak bawa Alya ke Sunway Lagoon tapi akhirnya memerap dalam ward... nak buat macam manakan.. bila ada anak kecil kita tak boleh nak merancang... itulah namanya pengorbanan... tunggulah mereka dah besar sikit nanti ~



~ kerana busy melayan anak-anak-anak, sehingga I terlupa nak ucapkan 'Happy Belated Birthday' untuk suami terchenta... and 'Happy 7th Annivesary...." sorry tis year tak ada present... i'll double the present next year ok... moga panjang umur dan murah rezeki... terima kasih kerana sentiasa ada ketika diperlukan.. ~

Semoga ketiga-tiga anak I diberi kesihatan yang baik... Amin...

Till next entry...
bye...
Salam.

No comments: