Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2012!!
Selamat tinggal 2011 yang terlalu banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit.
Kenangan yang menjadikan pengalaman yang bisa mengentalkan jiwa.

Imbasan peristiwa di tahun 2011..



~ me ~

Gambar diatas diambil selepas menjalani Cervical Surgery. Surgery yang mengunakan kaedah Shirodkar Stich pada 10 Jun 2011 dilakukan ketika kandungan berusia 4 bulan. Selepas surgery tersebut, I dinasihatkan supaya 'bed rest' sehingga bersalin. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan... sangkakan bersalin cukup bulan rupanya I bersalin ketika kandungan mencecah 30 minggu.




~ Aqil Naqib Di Dalam Incubator ~

Gambar Aqil diambil ketika dia didalam NICU. Memang susah nak ambil gambar mereka sebab nurse dan doctor sentiasa ada. Kedua-dua bayi terpaksa dimasukkan kedalam NICU dan diletakkan didalam incubator selama 1 bulan. Tak dapat nak gambarkan perasaan saat tu. Bila pandang babies bertiub sana-sini. Sedih dan pilu.



~ hubby with Aqib Nabil ~


Begitu kecil mereka ketika itu. Memang sukar untuk menjaga mereka. Dua baby sekaligus! Semua ini merupakan dugaan dan cubaan buat I.


Majlis Perkahwinan mengakhiri agenda 2011 - Kemeriahan dan kegembiraan. Perkahwinan SIL ~ AmizaNurLaily & Firdaus ~ Selamat Pengatin Baru Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat ~









I akhiri posting kali ini dengan ucapan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua saudara mara dan sahabat handai. Harapan agar tahun 2012 ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya.

Renungkanlah...

"Kadang-kdang kita berdoa untuk kuat tetapi banyak pula dugaan yang mendatang. Kadang-kadang kita minta cerdik tetapi masalah pula yang bertandang. Kadang-kadang kita minta kebahagiaan tetapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat. Masalah pula menjadikan kita berfikir. Hura-hara menjadikan kita lebih tabah. Hebat sungguh ALLAH S.W.T.. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Kalaulah manusia tahu hadis ini ... "Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, Maka Allah menjawab: " Biarkan hamba Ku itu, kerana Aku mencintai rintih suaranya" - Anas b Malik r.a.

No comments: