Cukur Jambul? Apa itu cukur jambul? Amalan cukur jambul ni biasanya dilakukan untuk menyambut kehadiran bayi baru didalam family. Ianya selalu bermula pada waktu lewat pagi dengan bacaan ayat-ayat suci serta marhaban - berzanji. Setelah selesai semuanya, ibu bayi akan mendukung bayi dan membawa bayi kepada semua orang supaya dapat menggunting beberapa helai rambut.
Assalamualaikum semua...
Ketika cuti Chinese New Year yang lalu, 23/1/2012 Waktu : 11.00 pagi. Kami ambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Cukur Jambul untuk anak kembar kami, Ahmad Aqib Nabil Dan Ahmad Aqil Naqib yang berusia 4 bulan . Majlis Cukur Jambul juga turut disertakan bersama dengan anak adik lelaki saya Ammar Falique yang berusia 2 bulan.
Jom kita lihat gambar-gambar sekitar Majlis tersebut ~











~ Bunga Telur Dan Yassin, Ole-Ole Untuk Para Tetamu Bawa Pulang ~
Majlis tamat lebih kurang pukul 3.30 petang. Syukur Alhamdulillah, Majlis berjalan lancar. Majlis sebegini sekurang-kurangnya dapat mengumpulkan semua saudara-mara yang sudah lama tidak ketemu, mengeratkan silaturahim antara sesama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.
Itu saja untuk kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini...
Bye...
Itu saja untuk kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini...
Bye...







No comments:
Post a Comment