Hari ini kami lunch diluar. Untuk menyambut hari kelahiran hubby. Sepatutnya birthday hubby hari Jumaat yang lalu. Disebabkan dia nun jauh di Sg Besar tak dapatlah nak celebrate pada hari yang sama. Sambutan, tidaklah special. Kedai makan pun tidaklah begitu special. Biasa-biasa sahaja. Permintaan hubby sendiri. Di awal keinginan nak makan di Chicken Rice Shop, so.. kami ke Tesco Station 18, Pasir Puteh. Sampai disana, rupanya Chicken Rice Shop dah tutup. *frust* Nak pusing balik ke bandaraya Ipoh untuk cari restoran lain memang dah malas. Jadi kami makan di Restoran Rasa Mas!

~ nasi ayam, kepak ayam, ayam percik dan tofu jepun ~
~ sedang menjamu selera ~
~ selepas menjamu selera. makanan yang tidak habis kami bungkus, tak elok membazir ~
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Oppsss.... terlupa pula nak wish.... 'HAPPY BIRTHDAY!' Semoga panjang umur, murah rezeki dan lebih berjaya di masa akan datang!!
Ok.. jumpa lagi di entry seterusnya! Daaa....
1 comment:
"Happy Blated B'day to Nizam. From Acik and family!
Post a Comment