Ahad lalu kami melakukan aktiviti membersih rumah. Rumah kami sudah ada penyewanya. Syukur. Alhamdulillah. Pelbagai rintangan dan dugaan akhirnya ada juga yang sudi menyewa... he he he...
Dan pagi tadi.. sebelum sesi penyerahan kunci kepada penyewa, terkejut bila tengok kepala paip kat depan rumah kena curi... haisshh... kepala paip yang kecik tu pun nak curi.. boleh kaya ke curik kepala paip tu!! Menyusahkan orang je pencuri ni!! Menurut aunty depan rumah merangkap mak saudara kepada penyewa rumah I ni, seluruh rumah di kawasan ni kena curi kepala paip.. mereka pernah nampak pencuri tu masuk menncuri dalam rumah orang tapi tak berani nak buat apa-apa... alahai, semakin bermaharajalela lah pencuri tu...
kepala paip sudah hilang!!

rumah ku... kalau hubby pindah ke ipoh semula boleh la tinggal kat sini.. agaknya.. he he he
No comments:
Post a Comment