Tuesday, November 16, 2010

Grateful!

Semalam hubby demam. Tak la teruk mana pun, dapatlah sehari MC. ~hooray~ aik, cuti sakit pun happy! Ish..ish..ish.. bukannya apa, hubby kan tinggal jauh bila cuti je rasa excited la sangat.. hehee.. I ambil peluang minta tolong hubby bawa Alya ke ISH. Alya demam ke? Taklah cuma kahak dan selsema.


Sampai di ISH, Dr. Liew ada meeting pula, kenalah menunggu lebih kurang 1 jam setengah...

I tengok hubby ambil kesempatan tidur kat kerusi sambil tunggu doctor sampai ~kesian dia~


Tonsil Alya masih bengkak tapi tak besar macam minggu lepas..

Kena terus-terusan bagi air yang banyak.. ye, Alya pun macam dah jatuh cinta dengan air masak.. mana taknya masa dia tengok iklan orang yang sedang minum air masak, dia boleh cakap.. 'hmm.. sedapnya air masak tu' hehee..

Kali ni doctor tak bagi apa-apa ubat untuk dimakan. Alya hanya perlu guna 'nasal spray'... excited sungguh Alya bila hidung nak kena spray! Anak I ni memang sukaa sangatt makan ubat. hehee




Nasal Spray ni kecil je tapi harganya mahal amat! ~pengsan~


~smile~~smile~~smile~


kalau ikutkan dah lama Alya batuk dan selsema. Sejak ujian kat tadika tu hari dia dah tak sihat...
tapi tak sangka.. dalam sakit-sakit tu boleh juga Alya terima apa yang diajar.. dah la kerap ponteng.. cikgu pun pening agaknya, sekejap ada sekejap tak ada.. hehee
Khamis minggu lalu result ujian Alya dah keluar..
Semua A! Wah! Macam tak percaya.. banyak kali tanya betul ke Alya jawab sendiri semua soalan ni? ~sampai hati tak percaya kebijaksaan anak sendiri~
Alya angguk-angguk. Betul la agaknya... hahaa...

Congratulations Alya! ~bangga dan syukur~

Risau pun ada.. ye lah risau dia tak dapat maintain result yang bagus..

Tanya Alya dia nak hadiah apa? Dia leh jawab tak nak hadiah apa-apa.. hahaa..
Oh! Sukanya mama dengar Alya tak nak hadiah..
Sentiasa doakan yang terbaik untuk Alya kini dan akan datang! ~Aminn~


Sesi soal jawab.. respon dengan report card. bagus! kena amalkan sampai Alya masuk alam persekolahan yang sebenarnya.





Berhari-hari Alya tak ke sekolah, selsema dan batuk kahak... tapi macam sihat je, lompat sana, lari, menari, menyanyi... hehee



Cute lihat mereka berdua ni.. uncle and niece!




1 comment:

mimi said...

sian alya..hope sihat2 selalu..