Cuti sekolah selama seminggu dihabiskan di Putrajaya..
Menginap di rumah SIL di Putrajaya..
15 minit perjalanan dari Bangi ke Putrajaya..
Memudahkan Mr. Hubby untuk berulang alik ke pejabat..
Al kisah.. hari pertama kami sampai.. terus ke Bangi..
Melihat rumah yang kononnya akan kami sewa di Bangi hujung tahun nanti..
Jeng...Jeng..Jeng.. Rumah ni sudah tiga tahun tidak diduduki...
Tuan rumah meninggal 3 tahun lalu akibat kanser payudara didalam rumah ni..
Dan dalam rumah masih penuh dengan barang-barang pusaka arwah...
Rumah ni pun dah jadi perebutan diantara ahli keluarga...
Hmmm... dipendekkan cerita saya reject rumah ni...
~ Permandangan Putrajaya ~
Aktiviti hanyalah memerap didalam rumah...
Memasak dan mengejar twins kesana kemari... *nak pengsan.. hahaa..
Kadang-kadang Mr Hubby bawa kami makan-makan di Bandar Baru Bangi..
Ada sebuah restoran yang menarik perhatian Mr Hubby..
Ice Room Restaurant... Keistimewaan Restorant ini adalah pada 'Snow Ice'
Seakan menyerupai Ice Kacang tapi punya pelbagai perisa...
~ Ice Room Restaurant ~
Sempat berjumpa dengan adik bongsu ku di Cyberjaya...
~Izyan dan Alya ~
Hari terakhir sebelum kami pulang ke Ipoh..
Singgah sebentar kami untuk meyaksikan pertunjukkan 'Hot Air Balloon' di Putrajaya..
~ Pemuda berbaju merah merupakan orang yang paling happy sepanjang minggu lepas... katanya, 'Sejuk dan tenang hati bila balik dari kerja dapat lihat anak-anak...' alalaa.. tersentuhnya hati ini... ~
Till Next Entry...
Bye...









No comments:
Post a Comment