Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita


aku.
seorang isteri.
dipimpin suami.
maka.
layak digelar isteri pemimpin.
lalu.
aku mencari idola.

aku.
lihat kiri.
isteri pemimpin itu.
lantang bersuara.
sepenuh kuasa yang ada.
menyembur bisa.
mengunyah lumat setiap hati.
mereka.
tunduk menahan rajuk hati.
mereka.
tunduk menahan sesak tangis.
bicara duniawi kosong.
dosa ini. pahala itu. jahat ini. baik itu.
gaya bicara angkuh.
akulah benar.kau.kau.kau dan kau. salah!
isteri pemimpin mendabik dada.
bukan dikaca televisyen.
tapi diruangan sempit.
siren berbunyi.
isteri pemimpin perlu pulang.
aku geleng.

aku lihat kanan.
itu isteri pemimpin lain.
dilimpahi harta dunia.
tidak sesekali bermegah.
dilimpahi budi pekerti.
bicara lunak beralas adab.
menjaga membelai degup hati.
setiap lapisan manusia.
dilayan sama rata.
cantik buruk dipandang setara.
lenggok cantik lenggang menarik.

ya.
ini sifat 'highclass'.
seorang isteri pemimpin.
harus jadi ikutan.
aku senyum.

 11 Julai 2011  > Oleh Ida Deen




~ Selamat Hari Wanita...  Semoga menjadi wanita solehah dan menjadi seperti wanita yang diidamkan iaitu seperti Siti Khadijah       Siti Mariam      Siti Hajar      Siti Aisyah... Antara wanita lambaian syurga... ~


Till next entry...
Assalamualaikum... :-)

No comments: