17 Disember 2012
Sepatutnya saya dan anak-anak ke Kuala Lumpur
Untuk bawa Alya ke Petrosains ataupun Kidzania..
Bila twins demam terpaksalah ditunda semuanya..
Tak nak rugikan cuti hubby..
Kami ke Penang.. Tinggalkan twins di rumah..
~ Rizal ~
Sampai je di Penang, tunggu kawan hubby.. Rizal. Kononya nak jadi pemandu pelancong sebab hubby tak tahu jalan di Penang.. Nasib baik lah ada Rizal..
~ Tempat pertama yang kami pergi ~ Taman Botani, Kebun Bunga ~
Keistimewaan Taman Botani ni ialah Taman ini menyimpan spesimen dan tumbuhan hidup yang penting dan berharga. Pelbagai tumbuhan yang ditanam disini. Saya hanya sempat snap pokok-pokok palma sebab tiba-tiba je camera problem... haish..
selain dari pokok palma ada pokok cactus, pokok orkid, taman lili, taman paku pakis dan macam-macam lagi la...
Di Taman Botani ni juga ada kera-kera yang bebas berlari kesana-kemari... grrr... saya takut!
Kami naik keretapi mini sambil melihat keindahan Taman Botani.
~ Gambar upload dari Mr Google..Air Terjun Mini..Memang Cantik pemandangan di Taman Botani ~
~ dari Taman Botani kami ke Batu Feringgi ~
~ macam teringin je nak naik? ~
Sebelum pulang ke Ipoh.. singgah sebentar di rumah Rizal di Butterworth. Lupalah nak snap gambar motor besar Rizal yang menjadi idaman... ngeee...
Hubby sempat tanya... next year kita bercuti lagi di Penang.. nak tidur hotel mana? Perak House, Flamingo Hotel?
Jawapan >> Hard Rock Hotel, boleh? Lalalala...
Till next entry...
Bye...










No comments:
Post a Comment