Friday, August 3, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Salam Ramadhan. Bulan Ramadhan yang barakah kembali lagi. Syukur kerana dapat bersua.  Tik!Tok!Tik!Tok! Sedar tak sedar sudah 14 hari kita berpuasa..Teringat pada Ramadhan yang lalu, masa tu saya hanya terbaring menyambut Ramadhan dan Ramadhan kali ini, saya berpuasa bersama 2 anak kecil yang aktif dan sedang membesar..syukur! Alya pula sudah mula belajar berpuasa walaupun separuh hari..

Baru-baru ni, saya mengalami kejadian yang menyebabkan keberanian saya terbang melayang.
17 july lalu..saya mengalami accident. Saya terlanggaar belakang sebuah kereta.. selepas ambil Alya di sekolah.. saya sangkakan sebuah kereta nissan nak belok kiri sebab dia bagi signal kiri, tapi bila saya keluar simpang, rupa-rupanya kereta tu tidak belok kiri..kereta tu jalan terus je.. apa lagi, saya pun langgar kereta tu.. kecut perut kejap! 

Nak marah pun tak guna kan.. bak kata Alya.. "whatever la.. mama dah langgar pun kereta tu.." *geramm* yang pasti saya kena bayar kompaun sebab dah langgar bontot kereta tu..Mungkin apa yang terjadi datang dari kekhilafan saya sendiri. Mungkin kesilapan saya yang dahulu terbayar disini... redho dengan apa yang terjadi.. Saya jadikan ini satu pengajaran dan pengalaman buat saya.



























~ kereta saya masih di worksyop ~


Oklah.. sebelum akhiri post kali ni.. jom sejuk-sejuk kan hati tengok gelagat anak-anak kecil yang mencuit..




















~ sayang kak cho ~

~ aqil ~

~ nabil ~

Till next entry.
Bye.


No comments: