Angin itu bercorak marah
Tanpa haluan meniup kencang
Jatuh tumbang si hati kecil
Cuba bangun dan bertanya
Apa salah hati kecil?
Angin itu sentiasa menerjah
Berulang-ulang tanpa henti
Kerut dahi jiwa meracau
Hati kecil si insan kerdil
Tiada harta jua kuasa
Namun.. ada yang marah?
Mungkin mengganggu hak sang angin
Sehingga tergugat kasih dan sayang
Hati kecil meminta tiada
Kerana segala diatur olehNya
Tidak terdaya untuk mengubah
Biarlah angin meribut taufan
Bila penat hentilah ia
22 Julai 2011
1 comment:
Hi Yong.
Seronok bila tengok yong berbloging. Diharap Yong sihat, ibu serta babies.
Post a Comment