Hello readers ;-)
Hari ini nak cerita pasal anak I ni. Kisah dia yang buat lawak, yang membuatkan I terdiam, marah dan gelihati. Tapi tak tahulah kan, pada you all kelakar atau pun tidak.
Kisah #1 di dalam kereta :
Papa : alamak! Jammed la pulak!
Suasana terdiam seketika selama 5 minit. Tiba-tiba Alya bersuara.
Alya : lupa la nak suruh mama beli roti.
Mama : Alya lapo ke? (dengan nada yang yang kelam-kabut dan risau sesangat)
Alya : Tak adalah
Mama : habis tu kenape nak roti pulak?
Alya : kan papa kata 'jem'. Kalau ada roti boleh la kita sapu 'jem' tu kat roti. Boleh la makan dalam kereta.
Mama : errr... jangan main-main dengan mama ye...
Alya & Papa : Hahahahahaha
Alya : Aya lawak je, mama jangan lah marah. hehehee...
Mama : ~ketawa dalam hati je ~
Kelakar? Hehee Geram juga kadang-kadang. Bila di ingat balik, senyum simpul dibuatnya! Jadi tanda-tanya, apa lah yang dia fikir sampai boleh bergurau-senda begitu, maklumlah dia baru sahaja 5 tahun. Rasa I lah kan masa I sebaya dia tak tahu langsung nak buat lawak macam tu. Habis tu ikut siapa ye.. hehee papa dia dah mengaku awal-awal, anak dia banyak ikut 'gen' dia.. hehee... muka je ikut mama ye.. :,)
Kanak-kanak ni macam 'sponge' kan. Mudah menyerap perkara-perkara yang berada disekeliling mereka. Jika kelakar yang mereka lihat, kelakar lah yang diserap.. macam tu juga lah perkara positif dan negatif. Bahaya kan... kena pantau selalu supaya dijauhkan dari segala negatif...

Lihatlah tu... nenek pakai cermin mata dia pun nak pakai juga!
Ok, see ya... bubbye!!
2 comments:
Ha,ha,ha. kelakar Alya ni.
Heah cucu Pom ni, nek pakai speck dia pun nak juga ... Bolih lah join group panca sitara dgn nek...
Post a Comment