Monday, December 27, 2010

Semangat Yang Hilang

My spirit memang 'full tank' minggu lepas. Melayan Alya dan semuanya macam senang dan happy. Then, bila Alya tiba-tiba muntah, mulalah risau. Dari full tank terus ke half tank haha. Anak dara tu pula walaupun muntah-muntah dia tetap aktif, mulut memang tak henti-henti bercakap. Hairan juga sakit apa pulak anak I sorang ni, badan tak panas tapi tak pasal-pasal muntah!

Petang Jumaat bila tengok keadaan dia dah ok kami teruskan planning kami nak bercuti. La la la.. sukalah tu... Sampai Shah Alam, lepas makan-makan.. kami terus ke I-City..

















Dalam perancangan, banyak lagi tempat kami nak pergi, sana sini situ.. tapi semua tak jadi bila Alya muntah lagi. My spirit terus empty. Hilang! Mana tidaknya, dari pukul 5 pagi sampai 7 pagi dia muntah-muntah, macamana tak risau. Kami pun balik ke Ipoh pagi tu juga. Haishh... sampai Ipoh je dia sihat, ceria.. lompat sana-sini.. haha Alhamdulillah la kan tak ada apa-apa.


Sebab tak mahu makan, perut masuk angin. Dah tak dapat nak mandi pool. Dapat rasa air pun jadilah... kesian!


Sempat lagi berposing walaupun 2-3 kali masuk toilet muntah-muntah. Bila tanya kenapa muntah~ jawapannya rindu kat Nyang... ye ke?

Bila fikir kembali, apa yang sudah berlaku menunjukkan I masih belum boleh berdikari lagi. Sebelum ni macam berlagak sikit la boleh berdikari tapi bila diuji sedikit terus mengelabah. Jadi, I dah kalah kerana terlalu mengikut hati yang risau dan hanyut dengan semangat yang lemah!!!

Mungkin kali ni I kalah, tapi akan datang akan cuba lagi sampai boleh berdiri diatas kaki sendiri...macam flamingo kat bawah ni .... -_-





2 comments: