Hari ini 30 Oktober 2010 ada Konvokesyen & Sukaneka -penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang. Disebabkan Alya bukan pelajar cemerlang, tak perlu nak datang awal-awal pagi. Hadir untuk acara sukaneka je... hmm.. Alya bukan pelajar cemerlang ke? hehehehe... Pukul 10 pagi dah terpacak kat padang SEDAS. Nasib baiklah cuaca tak begitu panas... Jom tengok gelagat Alya yang malu-malu semasa acara Sukaneka tadi....

Ada clown la... Alya? Mana Alya? Alya diri jauh-jauh. Takut clown ke Alya?

Eh..Eh.. jumpa kawan, tersipu-sipu malulah pulak...
Alya dah mula senyum... tapi Alya lupalah nama kawan yang kat sebelah Alya ni... Aik! Nama kawan pun boleh lupa?
ok, sukan dah nak mula..get ready everybody! Muslimah sangat lah anak mama ni, bertudung sambil bersukan.. muslimah kecil ;)
lepas ni turn Alya
Alya! Alya!Alya! hehehe..
Biru! Biru!
Akhirnya, rumah biru hanya dapat tempat kedua dalam acara bawa bola dalam sudu... hehehe..
No comments:
Post a Comment